Maher Zain Bersama Penulis

0ulasan




Maher Zain " Album Thank You allah"
Pelajar jurusan kejuruteraan elektronik ini telah mencetus satu fenomena dalam industri muzik di seluruh dunia.Album penyanyi berusia 28 tahun itu mencatat kedudukan nombor satu dalam Carta Amazon‘s World Music dan nombor sembilan dalam Carta R&B.

Manakala muzik videonya ditonton hampir sejuta pengunjung di laman youtube, selain konsert Maher turut mendapat sambutan hebat di Algeria, Australia, Belgium, Kanada, Mesir, England, Perancis, Belanda, Sweden dan Amerika Syarikat.

Ahlan Wa Sahlan
Penyanyi kelahiran Tripoli, Lebanon itu mengakui dia berasa gembira apabila mesej-mesej yang ingin disampaikan dalam albumnya diterima baik peminat di seluruh dunia. Album bertajuk Thank You Allah menggabungkan pelbagai elemen muzik seperti pop, R&B dan world music bagi dikategorikan sebagai nasyid kontemporari.

Selain berkonsepkan keislaman, isu kemanusiaan sejagat turut diketengahkan dalam lirik lagu-lagu Maher. Paling mencuit hati lirik lagu Thank You Allah, The Rest of My Life dan Insha Allah.


“Saya sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang Malaysia tetapi sebaik sampai di sini saya sangat tertarik dengan sikap masyarakat negara ini yang sentiasa merendah diri dan ramah,” 

Sambung Maher, dia dan isterinya, Aisha ibarat sudah jatuh cinta dengan Malaysia sambil menyifatkan negara ini sebuah negara Islam yang sangat aman. Mereka juga merancang menggunakan peluang dua minggu berada di sini untuk mengunjungi tempat-tempat menarik.

Maher Zain ketika bergambar bersama penulis
Antara kunjungannya ialah bertemu dengan Penulis.

Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. 

Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.

Untuk berjaya kejujuran dan keikhlasan
 itu penting bagi kita
Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.

Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “.

Berborak bersama penulis
Everytime you feel like you cannot go onvYou feel so lost That your so alonebAll you is see is night And darkness all around You feel so helpless You can’t see which way to go Don’t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side Insya Allah you’ll find your way Everytime you commit one more mistake You feel you can’t repent And that its way too late Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame.

Don’t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side Insya Allah you’ll find your way Insya Allah you’ll find your way Turn to Allah He’s never far away Put your trust in Him Raise your hands and pray OOO Ya Allah Guide my steps don’t let me go astray You’re the only one that showed me the way, Showed me the way Insya Allah we’ll find the way - Maher Zain






Tips meningkatkan imaginasi

0ulasan
Bagaimana meningkatkan imaginasi?

Jawapannya, dream a lot!

Orang yang tinggi imaginasinya adalah orang yang suka membayangkan sesuatu, orang yang rasa ingin tahunya amat kuat, orang yang gembira tatkala berimaginasi seolah-olah imaginasinya benar-benar terjadi sekarang.

Minda dengan imaginasi tinggi adalah minda kreatif. Bila sudah kreatif, macam-macam hal dapat dicapai.

Apabila minda kreatif di miliki oleh seseorang disertai dengan sikap optimis, apa saja benda boleh dihasilkan, apa saja pencapaian boleh dicapai.

Dia menjadi seorang pencipta, pereka, pengubah, penggubah dan penganalisa.

Untuk kita membina kejayaan, gabungkan imaginasi tinggi dengan kerajinan berterusan.

Ingat selalu pepatah kami.

Apa dia? Kejayaan itu mampu di cipta insan biasa yang suka bekerja secara luar biasa

Anda down? 3 tips untuk ceria semula

0ulasan
Anda down? 3 tips untuk menceriakan semula diri Anda

Tips 1: Buat apa yang Anda suka buat di masa terluang. Apa dia hobi Anda?
Setiap orang ada hobi tersendiri cuma Anda sudah lupakan hobi Anda sebab Anda sibuk mengurus kehidupan. Apabila emosi Anda down, Anda rasa tertekan, jiwa Anda tak keruan, tinggalkan dulu benda lain kemudian beralih kepada perkara yang Anda suka buat (hobi Anda) tu. Buat dengan sepenuh hati, jangan dipaksa-paksa atau dilakonkan semata-mata untuk melupakan masalah. Tanya diri Anda, “apa hobi aku?”Anda?

Mungkin Anda suka tengok movie, bersukan, suka menonton tv, suka berbual-bual, suka bermain futsal,bermain games, membaca, menulis, berFacebook. Walau apa saja yang Anda suka buat, buat saja supaya selepas itu Anda merasa ceria semula. Syaratnya, jangan layan rasa tertekan. Hobi dapat merubah fikiran Anda dari asyik memikirkan tekan, masalah dan dugaan. Anda akan dapat lihat penyelesaian kepada tekanan, masalah dan dugaan yang Anda hadapi.

Tips 2: Luahkan, ceritakan, lontarkan.

Bila Anda down, luahkan apa yang membuat Anda ‘down’. Fikir seseorang yang Anda boleh percaya, cari dia, bawa dia berbual-bual, kemudian ceritakan habis apa yang terbuku di hati Anda. Minta dia mendengar saja luahan Anda, beritahu dia supaya memberi pendapat kemduian (jika dia mahu, jika tidak, tak perlu). Luahkan semuanya, jangan simpan-simpan selebihnya. Cara ini akan membuat Anda merasa tenang.

Tips 3: Tulis, buang, lupakan.

Tulis dia atas sekeping kertas apa yang membuat Anda down, apa yang Anda geramkan, apa yang membuat Anda marah, apa yang membuat Anda tak puas hati. Tulis kesemuanya. Keronyok kertas tu pastu buang jauh-jauh. Lupakan apa yang Anda dah tulis tadi. Latih diri Anda untuk tidak mengingat lagi perkara itu. Tips ni ambil masa untuk benar-benar berkesan.

Motivasi Dari Sebatang Lilin

0ulasan
Sebatang lilin, apabila dinyalakan, cahayanya berguna untuk menerangi kegelapan.

Sebatang lilin sanggup mengorbankan fizikalnya hanya untuk memberi ruang pada api supaya terus menyala.

Anda akan mendapat motivasi daripada lilin apabila Anda menterjemahkan pengorbanan lilin tu kepada diri Anda.

Terangi hidup orang lain dengan memberikans sesuatu yang berguna, memberi panduan, nasihat, dorongan untuk maju ke depan.

Sinar motivasi Anda akan kekal menyala apabila Anda banyak mendahulukan orang lain di sekeliling Anda.
Orang-orang berjaya seperti Steve Jobs lebih banyak mendahulukan kepentingan orang lain.

Mereka mencipta sesuatu untuk kebaikan dan manfaat semua orang, membuatkan mereka dapat mencapai tahap berjaya, lebih berjaya daripada orang-orang di sekeliling mereka.

Menilai orang berfikiran positif dari gurauan

0ulasan
Dalam gurau, ada yang terasa.

Orang berfikiran positif, dia akan anggap gurauan sebagai satu hiburan.

Orang berfikiran negatif, dia akan menganggap gurauan sebagai satu sindiran.

Orang yang suka menyindir, cepat terasa dan cepat bersangka buruk terhadap kata-kata yang tidak betul, dia sebenarnya orang berfikiran negatif.

Jika Anda orang sebegini, maka Anda adalah seseorang yang berfikiran negatif.

Jika Anda tidak ambil kisah dengan gurauan, sindiran pedas mahupun kata-kata tohmah, Anda seorang insan berfikiran positif.

Orang berfikiran positif mempunyai daya tahan tinggi apabila berdepan sesuatu yang bersifat negatif misalnya sindiran, kemarahan, permasalahan.

Secara ringkasnya, orang berfikiran positif ni mudah memaafkan, mudah melupakan, lebih banyak memainkan peranan dari mempersoalkan hak.

Orang berfikiran positif lebih suka menyelesaikan masalah. Orang berfikiran negatif lebih banyak mempertikaikan masalah.

Kenapa Anda Takut Gagal

0ulasan
Kenapa Anda takut gagal?

Sebab Anda mahu berjaya.

Anda mahu apa yang Anda menjadi seperti yang kita mahukan.
Secara zahirnya, Anda dan saya diciptakan untuk menjadi orang berjaya, cuma kita menempuh jalan hidup berbeza.

Apabila sesuatu berlaku di luar dugaan, apabila Anda terfikir musibah-musibah yang mungkin muncul tanpa di duga (misalnya kegagalan) itu petanda bahawa naluri Anda memang menginginkan kejayaan sebab Anda tidak mahu kegagalan.

Kita nak semua benda yang kita buat menjadi seperti yang dirancang.
Anda nak apa yang Anda buat berjaya, membuahkan hasil dan mendatangkan kegembiraan.
Takut gagal (fear of failure) timbul untuk membuat Anda sedar yang sebenarnya jauh dalam diri kita terdapat satu gesaan kuat mendorong Anda berjaya. Anda takut gagal sebab Anda mahu berjaya sepenuhnya tanpa ada apa-apa ‘something wrong’ dalam proses Anda berusaha merealisasikan matlamat Anda.

Untuk mengawal rasa takut gagal, caranya Anda kena beranikan diri menghadapi apa jua yang akan berlaku nanti. Apa jua rupanya, apa jua kesusahannya, bersedialah untuk hadapinya dengan hati tenang.
Jangan bina mindset takut gagal, sebaliknya binalah mindset ‘berani untuk berjaya’.

Apa dia? Berani untuk berjaya (bukan takut gagal!)

Ya,betul.

Motivasi kerja – 6 tips bagaimana menjadi ketua [walaupun Anda bukan ketua]

0ulasan
6 tips bagaimana menjadi ketua [walaupun Anda bukan ketua] adalah…

1. Bijak membuat keputusan.

Untuk menjadi ketua walaupun Anda bukan ketua, fikir cadangan bernas kemudian beranikan diri mengutarakan idea itu sebagai satu keputusan yang lahir dari fikiran Anda sendiri. Setiap organisasi sentiasa berubah dari semasa ke semasa untuk menjadi semakin baik, bertambah baik. Dalam proses untuk menjadi lebih baik, ketua organisasi perlu membuat keputusan. Di sinilah peluang Anda. Anda perlu bijak membuat keputusan supaya kawan-kawan Anda menanggap Anda sebagai seorang ketua kerana Anda bijak membuat keputusan setanding ketua sedia ada.

2. Jadilah penginspirasi, bukan pengkonspirasi.

Elakkan mengomen-ngomen, mengomplen-ngomplen, mengata atau memburukkan-burukkan. Untuk Anda menonjol menjadi seperti ketua, inspirasikan kawan-kawan sekerja Anda. Beri semangat, wujudkan rasa kekitaan, pentingkan manfaat bersama, wujudkan rasa bertanggungjawab di antara Anda dengan rakan-rakan Anda. Lebihkan memberi. Elak mempersoalkan hak, maruah dan kepentingan. No selfishness!

3. Rancang, organisasikan, pimpin, kawal.

Rancang apa yang perlu dilakukan, organisasikan (bahagi-bahagikan) tugas kepada kawan-kawan sekerja Anda, pimpin melalui teladan bukan melalui kekuasaan, kawal selia pencapaian. Teliti sejauh mana pencapaian organisasi. Untuk menjadi seorang ketua, Anda perlu membangkitkan rasa kekaguman di dalam hati rakan-rakan Anda. Lakukannya dengan menjadi penggerak, bukan pengikut.

4. Elak memarah, memaki, elak beremosi.

Emosi negatif menghancurkan Anda. Sebab sesiapapun tak akan suka berada dekat dengan orang beremosi negatif. JIka Anda selalu beremosi negatif, sesiapun tak suka mendekati Anda. Kawal diri Anda. Buang emosi negatif, pakai emosi positif sepanjang masa. Biar Anda yang kawal emosi, bukan anda yang dikawal emosi.

5. Pamerkan keyakinan diri

Berlakonlah menjadi orang konpiden. Kawal rasa gugup dengan mempamerkan keyakiann diri di wajah Anda. Lihat gaya orang berkeyakinan diri yang anda lihat di sekeliling anda kemudian tiru. Keyakinan diri di sini bukan maksudnya over confident, tapi keyakinan diri yang terpamer melalui air muka yang tenang serta kata-kata yang lancar.

6. Jangan tamak kuasa!

Jadilah ketua berwibawa, berkarisma dan positif perangainya. Jangan jadi ketua yang tamak kuasa, mahukan kuasa serta mahu dilihat sebagai orang berkuasa. Selalu amalkan tips pertama hingga tips kelima tadi berulang-ulang.

Anda akan rasai sendiri kesannya dalam 3 minggu, bergantung pada seikhlas mana hati Anda mahu menjadi seorang ketua.

6 tips di atas di garap daripada kajian sebenar saya dari beberapa organisasi khusunya organisasi dalam jabatan kerajaan.
 

alam cendana resourcesShah_clunk is Designed by website design for smashing magazine Bloggerized by ACR © 2008