Kem Kepimpinan PRS SMK Taman Petaling dan SMK Sultan Abdul Samad



Kem Kepimpinan PRS Anjuran SMK Taman Petaling dan SMK Sultan Abdul Samad dengan kerjasama Alam Cendana resources seramai 71 pelajar.

Kem ini merupakan kem kepimpinan yang telah berjalan dengan jayanya pada 27hb - 28hb JUN bertempat di Camar rimba, Taman Pertanian Bukit Cherakah, Shah Alam Dengan kekuatan 15 ahli ACR Adventure Team. Yang di Ketuai oleh En Sallehuddin (advisor), En Sukri selaku Kem Komanden, Shahrul Ashraf (Boy) Selaku Ketua Fasilitator. Fasilitator yang terlibat adalah Sheda , Fatin, Nadheya, Firdaus, Aboi, Aiman, Afiq, Amirul, Syazwan - Shahrul hafizal ( Penyelaras Kem )

Terima Kasih juga kepada pihak sekolah yang telah memberi kepercayaan kepada ACR Adventure Team Bagi menguatkan lagi Minda pelajar baik dari fizikal atau pun rohani bagi membentuk Pemimpin yang berkualiti atau bermutu di sekolah.


Terima kasih kami juga kepa pelajar-pelajar SMK Taman Petaling dan SMK Sultan Abdul Samad, kerana memberi komitmen dengan sepenuh hati dan juga kami doakan anda menjadi pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang baik disekolah mahupun masa akan datang...doa kami terhadap anda hanya lah kejayaan. Kejayaan seseorang itu bukannya terletak di tangan orang lain, ianya terletak di tangan kita sendiri dan orang yang gagal dalam hidupnya adalah orang yang cepat putus asa

From USJ23 to Gunung Senyum




Asalamualaikum..Salam sejahtera pada rakan-rakan sekalian. Alhamdulilah..syukur pada kita pada Allah yang memberi kita rezeki dan umur yang panjang, sihat tubuh badan dan minda yang cergas..Abang Wan ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada student-student USJ23 diatas komitmen menjayakan Kem Unit Beruniform bertempat di Hutan Lipur Gunung Senyum, Pahang.Biarlah abg terus terang kat sini..mula-mula abang tengok antara pelajar ada yang tak satu kepala.Biasalahh...kalau dah datang tu..dressing style macam-macam..imej pun ada yang berlainan..tapi bagi abang itu adalah biasa.kalau yang datang macam brutal pun.time balik mesti hati pink punye..haha(tangkap nangis laaa tu).Untuk kem ini..tugas Tok Batin diberikan kepada Adik Amir Afiq dan Nenek Batin pula kepada Farahiya Zaaba.. peace yada yada..Mula2 tengok dioarang macam muka suspen aje..kena pikul tugas berat..oohh..

Apa pun macam biasa..malam pertama mestila ice breaking..mula2 tu macam pelajar2 ni bateri dah habis cas..slowwwwnyaa...pickup..alahai..tapi lama2 makin bagus..n lastly tambah seronok n happy..memang kalau bab menari chicken dance..memang kauorang suka ye..tu belum lagi abg ajar menari shuffle..hehehe.kelakar tengok Ain mengigil bila time game Ultraman..apa pun nenek batin yang menang..cayok farahh.
Esoknya..adik2 semua diajar dengan latihan Abseiling.eee tengok diorang turun macam spiderman,batman n macam cicakman pun ada hehehe ..mmmaacam manalah adikku syuk n watie turun ye...abgg biasalahh kena masakkkk aje.Tengahari ni abg masak lauk kari ikan, ayam goreng..serta sayur..amacam sodap tak?

Lepas abseiling kita buat latihan Jatuh diri..sekarang dah ada tilam angin..setakat badan besar2 tu kalau jatuh kebawah pun no problemnyee..hehehe First time abg Shahrul wat jatuh diri..apa rasa...Rasainn enak n ngerinya.

Lepas makan adik2 dibawa melawat kedalam gua senyum..mm sure best.So gua2 yang diorang dapat lawati seperti gua angin,gua taman 1,gua makam Tok Long dan lain2 lagi.bagi abg wan dah biasa dahhhh...Lepas tu satu lagi aktiviti yang mencabar n of coz mengotorkan.. obstacle course..(halangan komando)..hahaaha padan dengan..koarang..balik rupa zombi kampung pisangg hahaha.Busuknya ko orang ni.cian nabeyla..pakai baju baruu...selamat.

Malam tu lepas makan malam kita terus aktiviti kembara minda...biasalahh time ni kalau tak boleh sabar leh dengar suara2 yang kurang sodap..cian uncle din kena maki..@%^& haha..ish2 kauoarng nii..banyak2lah bersabar...kalau kena kat abang..dah lama kauorang aku rendam dalam tasik gunung senyum tuu..nasibb baik.Tugas abang sebagai Rambo yang Garang..cian ko orang kena basuh bilik air n basuh pinggan mangkuk n kuali..yang harunya budak lelaki kena buka baju sebagai hukuman kerana bagi lilin terpadam..mmm ngerinya tengok badan dia orang.ada macam ranting kayu dan ada macam guni beras..hahaha kutuk2..tak baikkk abgg wann oiii..(tak baikk tak kutuk)

Hahaha acara kemuncak dah tentulah Kembara Malam...kelakar2..penakut jugak adik2 ni.. yang tak leh tahan budak2 lelaki yang takut macam pompuan.Siapalah yang sebut n jerit Ya Tuhanku.Siapa ingat? leh kasi tahu tak orangnye.kalau yang lari tu macam tak pijak tanah nyee..mesti leh kurangkan kalori dalam badan..Nuar..Fiq.. jangan takut yaa..Fatin..lepas ni mesti beranii.Aktiviti ni habis jam 4 pagi.Jam 4.30 baru nak start tido..aiii kul berapa kau orang nak bangun..haaaaaaaah.


Hah!kan dah kata..mesti kau orang bangun lambat punye..ish!ish! kul berapa kau orang solat subuh hah..jam 6.30pgi abang Shahrul dah bising kejutkan adik2 bangun tido..Cepatt bangun..gi solat subuh..ni nak cerita kat adik2 tang apa yang abg wat tang adik tido.cian abgg tauu..time adik2 n fasi tido...abg sorang2 kat dapur menyiapkan sarapan pagi..potong kobis,potong sawi..tiba2 mataku berkunang2..ku lihat ada gajah melintas..didepan mata..ada burung2 menari zapin di kepala abang..so nak tahu apa kesudahannya..jawabnya ZZzzzzz..tido le..tapi kejap jer..lebih kurang 1jam setengah jer tido..memang bab tido lum ada leh challenge abg le..abg pernah gi 2 kem serentak..6hari2malam, hanya tido 3 jam aje..leh lawann ke..hahaha..fuh berlagak2 nye..tapi bukan le nak berlagak..tapi sebab ada rasa tanggung jawab..takpelah.. biarlah kau orang tido.cian bila tengok adik2 n fasi2 tido.mcm2 style ada..leh wat okestra Sympony Dengkur..diterajui oleh Uncle Din..Pemegang Rekord Dengkur Paling Kuat.Macammana lah fasi2 leh tido sebelah dia..kalau abg..dah lama ca alip but


Lastly untuk hari terakhir..kita ada pertandingan kawat..dan pemenangnya kalau tak silap kumpulan Dol Said..Nenek Batin..jadi Command..hehehe.camne ye..tak tengokklahh,, biasalah kena masakk.Masak Kurma Ayam n Acar Timun.Untuk Cikgu best sikitla.apa pun tahniah pada Tasha (ning baizura) selaku
best student..kumpulan yang menang..Parameswara..yang lain tu bukan tak bagus..baguss gak.

Anyway abg doakan adik2 semua berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.Abang minta ampun dan maaf sekiranya apa yang abg cerita ni ada lak yang terasa lak.Anggaplah iya satu gurauan maut..hehehe. Terima kasih tak terhingga kepada guru2 pengiring terutama kawan lama abg, cikgu Aziz n Ustaz yang tersangatlah peramahnya.Kalau leh adik2 leh comment atau share cerita lepas baca blog abag ni.apa pun kenangan di gunung senyum bersama-sama pelajar2 SMK USJ23 adalah kenangan yang tak dapat dilupai..salam ikhlas dari Abang Wan Heidzer (Respect....Coolll)

Video Inside - go to video
Picture Inside - Go to Gallery

Kem Kepimpinan 2009




Program yang dianjurkan oleh SMK Seksyen 24 Shah Alam dengan kerjasama Alam Cendana resources yang bertempat di Taman Botani Shah Alam selama 2 hari 1 malam.

Program ini terlalu singkat dan juga padat kepada pelajar-pelajar sekolah SMK Seksyen 24 Shah Alam, tetapi ianya tidak mudah dengan ape yang orang lain cakapkan. Bagi Pelajar-pelajar tersebut, Program ini amat bermakna bagi mereka dan telah mendapat pujian dari semua pelajar.

"Walaupun singkat program ini , tetapi ia sungguh bermakna bagi saya dan juga rakan-rakan, macam saya yang baru sahaja form 1, sudah alami program seperti ini, yang paling menyeronokkan adalah program kembara malam, walaupun saya takut, tapi ianya menguji diri saya, saya memang berasa takut sangat, tetapi lepas saya alami program tersebut saya seronok sangat. lagi saya tengok rakan saya pengsan...mau ketawa kitaorang semua"



Begitulah kata salah seorang pelajar SMK Seksyen 24. Mereka juga didedahkan pelbagai aktiviti seperti jungle tracking, ice breaking, LDK dalam kumpulan aktiviti luar yang cukup mencabar bagi mereka.

Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan Tengku Abdul Rahman, Syed Muzaffar Shah dan alexender Grahambell.

Setiap Kumpulan harus diwajibkan untuk mempunyai Tag Line Sendiri Bagi Memberi semangat kepada setiap kumpulan.



Apa yang penting di dalam program ini adalah sikap kepimpinan yang harus disemat di dalam setiap pelajar bagi membantu guru disekolah..

Terima kasih kepada pihak sekolah dan juga pelajar yang telah banyak memberi kerja sama kepada Alam Cendana Resources

Kem Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber
Taman Botani, Shah Alam
10 - 11hb April 2009

ACR DISINI


Dalam masa yang terdekat ini. Program Alam cendana akan di siar kan di dalam internet.. Pihak pengurusan tengah mengemaskinikan web blog ini untuk tontonan anda semua. Harap Maklum, bagi mereka yang ingin menjadi ahli kelab ACR, Bolehlah menghantarkan email anda kepada ashraf@tvantara.com. Untuk setiap ahli kelab ACR, Setiap program yang dianjurkan oleh Team ACR akan diemailkan kepada anda. Yang terbaru, ACR akan mengadakan Khidmat Menjadi Fasilitator yang cemerlang dan juga Melatih Fasilitator untuk menjadi Fasilitator yang tebaik. Bagi mereka yang telah mendapat sijil khas daripada ACR, anda Berkelayakan menjadi Fasilitator untuk setiap progarm ACR.

Untuk pengetahuan anda, Pihak Pengurusan telah pun mengemaskini group Alam Cendana Resources. Setiap program dan juga team Acr yang lama telah pun dibubarkan dan sekarang ACR telah mempunyai 2 ahli kongsi dan juga seorang funder daripada luar negara. Ini mungkin boleh memantapkan lagi group ACR untuk meneruskan Hasrat untuk menjadikan ACR ini Sebagai sebuah company ALAM CENDANA RESOURCES & CONSULTAN.

Bagi Fasi-fasi yang telah bersama kami anda juga diiktiraf sebagai senior fasilitator dan dihadiahkan sijil khas dari pihak syarikat.

Kepada Fasi-fasi baru, Berusaha meningkatkan taraf diri anda untuk menjadi seorang pendidik bagi dapat membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah.

Dan Alhamdulillah, dengan khidmat daripada ACR ini, ACR telah pun mendapat pelbagai tawaran baik daripada sekolah, IPTA&IPTS, syarikat-syarikat swastas atau pun kerajaan.

ACR juga berterima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung bagi menjayakan setiap-program yang dijalankan oleh ACR.

Untuk keterangan lanjut bolehlah terus menghantar email kepada ashraf@tvantara.com untuk mengetahui program-progran yang dijalankan oleh alam cendana resources

ACR COME BACK!!!


Kita bertemu lagi dalam edisi alam cendana...

maaf lah sebab tak update blog...coz saya yang jaga blog ni dah tak larat dah nak menaip blog ni...banyak sangat dah keje..tapi tak pe...demi menaik tarafkan alam cendana resources ini.. saya rajin-rajin kan diri lah untuk mengupdate blog ni...

apa pun, terima kasih kepada anda yang sudi menlawati blog kami yang tak seberapa hebat untuk orang lain...

Terima kasih juga kepada sekolah-sekolah yang sentiasa memberi kepercayaan kepada kami untuk mendidik pelajar-pelajar baik mahupun untuk kepimpinan, teknik belajar atau pun kem jati diri untuk pelajar hardcore...

pada awal tahun ini...kami telah pun diberi kepercayaan oleh SMK Bandar Baru Sulaiman, Klang yang telah menghantar pelajar mereka seramai 80 orang. Program tersebut juga telah mendapat sambutan yang cukup menakjubkan oleh pelajar-pelajar, walaupun hari pertama mereka cukup liar dan buas...tetapi dengan program yang kami jalankan ini dapat membentuk pelajar tersebut untuk berubah dan titisan air mata yang mengalir itu bukannya sekadar ianya suka-suka tetapi tangisan tersebut terlalu istimewa untuk diri mereka dan juga keluarga mereka...
 

alam cendana resourcesShah_clunk is Designed by website design for smashing magazine Bloggerized by ACR © 2008