Kem Kepimpinan 2009




Program yang dianjurkan oleh SMK Seksyen 24 Shah Alam dengan kerjasama Alam Cendana resources yang bertempat di Taman Botani Shah Alam selama 2 hari 1 malam.

Program ini terlalu singkat dan juga padat kepada pelajar-pelajar sekolah SMK Seksyen 24 Shah Alam, tetapi ianya tidak mudah dengan ape yang orang lain cakapkan. Bagi Pelajar-pelajar tersebut, Program ini amat bermakna bagi mereka dan telah mendapat pujian dari semua pelajar.

"Walaupun singkat program ini , tetapi ia sungguh bermakna bagi saya dan juga rakan-rakan, macam saya yang baru sahaja form 1, sudah alami program seperti ini, yang paling menyeronokkan adalah program kembara malam, walaupun saya takut, tapi ianya menguji diri saya, saya memang berasa takut sangat, tetapi lepas saya alami program tersebut saya seronok sangat. lagi saya tengok rakan saya pengsan...mau ketawa kitaorang semua"



Begitulah kata salah seorang pelajar SMK Seksyen 24. Mereka juga didedahkan pelbagai aktiviti seperti jungle tracking, ice breaking, LDK dalam kumpulan aktiviti luar yang cukup mencabar bagi mereka.

Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan Tengku Abdul Rahman, Syed Muzaffar Shah dan alexender Grahambell.

Setiap Kumpulan harus diwajibkan untuk mempunyai Tag Line Sendiri Bagi Memberi semangat kepada setiap kumpulan.



Apa yang penting di dalam program ini adalah sikap kepimpinan yang harus disemat di dalam setiap pelajar bagi membantu guru disekolah..

Terima kasih kepada pihak sekolah dan juga pelajar yang telah banyak memberi kerja sama kepada Alam Cendana Resources

Kem Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber
Taman Botani, Shah Alam
10 - 11hb April 2009

0 ulasan:

 

alam cendana resourcesShah_clunk is Designed by website design for smashing magazine Bloggerized by ACR © 2008