Kenapa Anda Takut Gagal


Kenapa Anda takut gagal?

Sebab Anda mahu berjaya.

Anda mahu apa yang Anda menjadi seperti yang kita mahukan.
Secara zahirnya, Anda dan saya diciptakan untuk menjadi orang berjaya, cuma kita menempuh jalan hidup berbeza.

Apabila sesuatu berlaku di luar dugaan, apabila Anda terfikir musibah-musibah yang mungkin muncul tanpa di duga (misalnya kegagalan) itu petanda bahawa naluri Anda memang menginginkan kejayaan sebab Anda tidak mahu kegagalan.

Kita nak semua benda yang kita buat menjadi seperti yang dirancang.
Anda nak apa yang Anda buat berjaya, membuahkan hasil dan mendatangkan kegembiraan.
Takut gagal (fear of failure) timbul untuk membuat Anda sedar yang sebenarnya jauh dalam diri kita terdapat satu gesaan kuat mendorong Anda berjaya. Anda takut gagal sebab Anda mahu berjaya sepenuhnya tanpa ada apa-apa ‘something wrong’ dalam proses Anda berusaha merealisasikan matlamat Anda.

Untuk mengawal rasa takut gagal, caranya Anda kena beranikan diri menghadapi apa jua yang akan berlaku nanti. Apa jua rupanya, apa jua kesusahannya, bersedialah untuk hadapinya dengan hati tenang.
Jangan bina mindset takut gagal, sebaliknya binalah mindset ‘berani untuk berjaya’.

Apa dia? Berani untuk berjaya (bukan takut gagal!)

Ya,betul.

0 ulasan:

 

alam cendana resourcesShah_clunk is Designed by website design for smashing magazine Bloggerized by ACR © 2008