Maher Zain Bersama Penulis






Maher Zain " Album Thank You allah"
Pelajar jurusan kejuruteraan elektronik ini telah mencetus satu fenomena dalam industri muzik di seluruh dunia.Album penyanyi berusia 28 tahun itu mencatat kedudukan nombor satu dalam Carta Amazon‘s World Music dan nombor sembilan dalam Carta R&B.

Manakala muzik videonya ditonton hampir sejuta pengunjung di laman youtube, selain konsert Maher turut mendapat sambutan hebat di Algeria, Australia, Belgium, Kanada, Mesir, England, Perancis, Belanda, Sweden dan Amerika Syarikat.

Ahlan Wa Sahlan
Penyanyi kelahiran Tripoli, Lebanon itu mengakui dia berasa gembira apabila mesej-mesej yang ingin disampaikan dalam albumnya diterima baik peminat di seluruh dunia. Album bertajuk Thank You Allah menggabungkan pelbagai elemen muzik seperti pop, R&B dan world music bagi dikategorikan sebagai nasyid kontemporari.

Selain berkonsepkan keislaman, isu kemanusiaan sejagat turut diketengahkan dalam lirik lagu-lagu Maher. Paling mencuit hati lirik lagu Thank You Allah, The Rest of My Life dan Insha Allah.


“Saya sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang Malaysia tetapi sebaik sampai di sini saya sangat tertarik dengan sikap masyarakat negara ini yang sentiasa merendah diri dan ramah,” 

Sambung Maher, dia dan isterinya, Aisha ibarat sudah jatuh cinta dengan Malaysia sambil menyifatkan negara ini sebuah negara Islam yang sangat aman. Mereka juga merancang menggunakan peluang dua minggu berada di sini untuk mengunjungi tempat-tempat menarik.

Maher Zain ketika bergambar bersama penulis
Antara kunjungannya ialah bertemu dengan Penulis.

Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. 

Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.

Untuk berjaya kejujuran dan keikhlasan
 itu penting bagi kita
Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.

Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “.

Berborak bersama penulis
Everytime you feel like you cannot go onvYou feel so lost That your so alonebAll you is see is night And darkness all around You feel so helpless You can’t see which way to go Don’t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side Insya Allah you’ll find your way Everytime you commit one more mistake You feel you can’t repent And that its way too late Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame.

Don’t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side Insya Allah you’ll find your way Insya Allah you’ll find your way Turn to Allah He’s never far away Put your trust in Him Raise your hands and pray OOO Ya Allah Guide my steps don’t let me go astray You’re the only one that showed me the way, Showed me the way Insya Allah we’ll find the way - Maher Zain






0 ulasan:

 

alam cendana resourcesShah_clunk is Designed by website design for smashing magazine Bloggerized by ACR © 2008